Assalamualaikum :D
Hmm, kali ni saya nak berkongsi dngan anda ttng sunnah Nabi junjungan s.a.w ketika bngun dpd tidur..
mungkin ada yg dah tau , mungkin juga ramai yg tidak tau :)
takpe2 , meh kite share ilmu same2 ye ;D
Antara sunnah ketika bangun drpd tidur :-
1. Usap wajah yg terkesan bekas tidur dengan telapak tangan. Menurut Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar, perbuatan ini dianjurkan berdasarkanhadis riwayat Muslim: "Rasulullah s.a.w bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap bekas tidur dari wajah dengan tangannya."
2. Berdoa ketika bangun tidur: "Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia menidurkan kami, dan kepadaNya kami dibangkitkan." (Riwayat al-Bukhari)
3. Bersiwak. "Apabila Rasulullah s.a.w bangun malam, Baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak." (Muttafaq 'alaih)
4. Mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung setelah menyedutnya (tidak terlalu dalam). Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang di antara kamu bangun drpd tidur, maka berbuatlah demkian 3 kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam d hujung (rongga) hidungnya." (Muttafaq 'alaih)
5. Mencuci tangan 3 kali. Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila salah seorang drpd kamu bngun tidur, janganlah memasukkan tangan (keseluruhan) ke dalam bekas air sebelum mecucinya 3 kali" (Muttafaq 'alaih)
sumber: GenQ :]
wallahua'alam :)
1 99 doakan ainulQalb bahagiaaa :):
Hi~안녕하세요~~ we sell handmade stuffs life bags, pouches, key holder and many many more! please visit our blog shop! 감사합니다~~~~^^ http://www.twinscraftlife.blogspot.com
Post a Comment