anda ke~ :D

just click :)

beSTIes

beSTIes
♥friends till end♥

kecoh kecoh :DD


leave your steps ^-^

http://matcuoi.com

Monday, January 16, 2012

حبل من الله =)

Satu kekuatan yang sangat menonjol di dalam Sirah para sahabat, tabiin dan juga ulama’ terkemuka Islam adalah kuatnya hubungan mereka dengan Allah SWT. Motivasi inilah yang paling menonjol dan paling dominan serta menjadi faktor utama pendorong dalam apa jua amalan dan pekerjaan dalam kehidupan seharian.

                Ada satu kisah tentang kisah seorang Ulama’ Besar di Baghdad yang bernama Muhammad Bin Aslam atau nama panggilannya adalah Abu Hassan al-Tusi. Beliau merupakan seorang ulama’ yang hebat.

Beliau sangat kuat beribadah di tempat yang sangat tersembunyi daripada manusia. Beliau berkata:

Seandainya aku boleh melakukan ibadah tanpa dilihat oleh kedua-dua malaikatku, nescaya aku akan melakukannya kerana takut dengan sifat riya’. "

                Setiap malam, beliau akan bangun bermunajat kepada Allah SWT di tengah malam sambil menangis hingga ke pagi. Lalu setiap kali hendak keluar rumah, beliau segera membasuh muka dan bercelak mata agar tidak ada yang mengetahui perbuatannya.

                MasyaAllah, hebatnya hubungan Ibnu Aslam ini dengan Allah SWT. Semua penduduk Baghdad masa itu sangat mencintai dan menghormati Ibnu Aslam dan Abu Nuaim meriwayatkan bahawa pada hari kematiannya, terlihat ratusan ribu bahkan jutaan manusia datang untuk mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.

                Melihat peristiwa  yang mengagumkan ini, Imam Ahmad Bin Nasr al-Khuza’l berkata kepada murid-muridnya:

               Wahai saudara-saudaraku sekalian. Perbaikilah hubunganmu dengan Allah SWT. Tidakkah kalian melihat Ibnu Aslam ini, ketika ia memperbaiki hubungannya dengan Allah SWT, maka Allah SWT memperbaiki hubungan berjuta-juta manusia melaluinya?”

                Inilah sebenarnya RAHSIA di sebalik kejayaan para ulama’ dan murabbi besar di dunia dalam mereka melakukan pengislahan dalam masyarakat. Mereka menjaga hubungan jiwa dan hati mereka dengan Allah SWT. Tarbiyah mereka praktikal dalam melakukan segala bentuk ibadah secara teliti dan ikhlas kepada Allah SWT. Ikhlas adalah kunci utamanya dan mereka benar-benar menjaga hati mereka agar sentiasa HIDUP, SEGAR dan MENGINGATI ALLAH SWT.

                Oleh itu, ana menyeru kepada diri ana dan sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama melihat kembali hubungan kita dengan Allah SWT. Adakah benar-benar menjaganya? Adakah kita hanya mengingati Allah ketika ditimpa kesusahan? atau adakah kita hanya bermunajat kepada Allah SWT apabila inginkan keputusan peperiksaan yang cemerlang? Sama-samalah kita menganalisis diri kita adakah kita benar-benar menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Hati yang berhubung dengan Allah SWT adalah kunci kepada kejayaan kita di dunia dan akhirat. Sama-sama kita bertekad untuk menguatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT.

Sunday, January 8, 2012

Kemanisan yang dijaga



Terdengar suara lolongan dan hilai tawa dari kumpulan remaja yang berkerumun. Suara mereka benar-benar mengusik kedamaian insan lain. Lirihnya hati ini tatkala menyedari mereka adalah anak gadis permata agama. Lagak mereka sudah tidak umpama seorang wanita. Pakaian mereka menyerupai lelaki, rambut mereka terdedah, tingkah laku mereka juga kasar. Bebas bergaul tanpa garis dan sempadan syarak. Hilang sudah sifat muslimah yang seharusnya membaluti tubuh remaja ini. Hilang di bawa pergi kerana dangkalnya didikan agama dan terpedaya dengan indahnya dunia.