anda ke~ :D

just click :)

beSTIes

beSTIes
♥friends till end♥

kecoh kecoh :DD


leave your steps ^-^

http://matcuoi.com

Sunday, January 8, 2012

Kemanisan yang dijaga



Terdengar suara lolongan dan hilai tawa dari kumpulan remaja yang berkerumun. Suara mereka benar-benar mengusik kedamaian insan lain. Lirihnya hati ini tatkala menyedari mereka adalah anak gadis permata agama. Lagak mereka sudah tidak umpama seorang wanita. Pakaian mereka menyerupai lelaki, rambut mereka terdedah, tingkah laku mereka juga kasar. Bebas bergaul tanpa garis dan sempadan syarak. Hilang sudah sifat muslimah yang seharusnya membaluti tubuh remaja ini. Hilang di bawa pergi kerana dangkalnya didikan agama dan terpedaya dengan indahnya dunia.




SINARKAH SIFAT KEIBUANMU?
Jika kita renungi peribadi wanita, pasti terbayang di minda bahawa insan bernama wanita akan dihiasi dengan sifat-sifat kelembutan dan keibuan. Wanita yang kita kenali bersifat penyayang, lembut bicara serta sejuk mata memandang. Realiti masa kini telah meragut semua itu. Ramai wanita remaja leka serta tidak tahu peranan besar yang bakal dimainkan oleh mereka iaitu melahirkan dan mendidik generasi. Lantas mereka melupakan agama dan ajaran yang di bawa.


APAKAH NILAIAN DIRIMU
Dijadikan begitu unik   
Dihadiahkan Allah dengan keindahan
Keindahan penciptaan dan keindahan peranan
Bukan sekadar menghiasi dunia penuh nista
Dengan kemanisan dan cantik paras rupa
Namun dibahumu terpundak amanah nubuwwah
Melahirkan mujahid pewaris risalah


PASTIKAN LANGKAHMU
Renunglah kembali tujuan penciptaan
Bagi menilai suci dan tulusnya keikhlasan dan keimanan
Hanya redha Allah puncak harapan
Bekalan menelurusi imtihan dunia yang tidak terduga


DIRIMU AMAT BERHARGA
Setiap ciptaan Allah tiada yang sia-sia
Walaupun karat hidupmu menghiasi lakaran kehidupan
Jadikan Allah pendorong perubahan
Hiasilah dirimu dengan watak insan pilihan
Seorang wanita yang memiliki sifat keibuan
Lembut pada pandangan mata namun tegas pada agama


SYUKURILAH
Betapa dirimu adalah perhiasan dunia
Sebutir mutiara bernilai idaman hati setiap insan
Namun ingatlah
Hiasan ini akan kekal indahnya jika dijaga rapi
Jika dibaluti dengan keimanan di dada
Dan diletakkan di tempat yang sempurna
Lerailah jiwa
Andai dirimu tidak dipelihara
Kerana medan didikan mujahid terpundak
Di bahumu!


Gen Q edisi ke 5                                                                                                                                                             

0 99 doakan ainulQalb bahagiaaa :):