anda ke~ :D

just click :)

beSTIes

beSTIes
♥friends till end♥

kecoh kecoh :DD


leave your steps ^-^

http://matcuoi.com

Friday, November 11, 2011

6 Perkara Allah sembunyikan..





Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain yang menyatakan 124 000 sayap). Setelah itu Jibrai as memandang dirinya sendiri dan berkata:

“Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan  makhluk yang lebih baik daripada aku?”

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana bersyukur kapada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20 000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud:

 “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadah kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan , fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solat mu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”


 Kemudian Jibrail as berkata :
Ya TuhanKu, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud:
”Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal..”.

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah SWT untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap dia mengembangkan dua sayapnya, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata di dalam sujudnya:

“Ya TuhanKu, apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertiganya atau seperempatnya?”

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberi kekuatan kepada mu sepertimana kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan. Nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Aku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha melakukan. Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu:

  • ·         Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat
  • ·         Allah SWT telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat
  • ·         Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya di dalam Al-Quran
  • ·         Allah SWT telah menyembunyikan lailatul qadar di dalam bulan Ramadhan
  • ·         Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat yang lima waktu
  • ·         Allah SWT telah menyembunyikan tarikh terjadinya hari kiamat di dalam semua hari


Semoga kita mendapat berkat dari ilmu ini.. Wallahualam :)

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia.

0 99 doakan ainulQalb bahagiaaa :):