anda ke~ :D

just click :)

beSTIes

beSTIes
♥friends till end♥

kecoh kecoh :DD


leave your steps ^-^

http://matcuoi.com

Monday, January 16, 2012

حبل من الله =)

Satu kekuatan yang sangat menonjol di dalam Sirah para sahabat, tabiin dan juga ulama’ terkemuka Islam adalah kuatnya hubungan mereka dengan Allah SWT. Motivasi inilah yang paling menonjol dan paling dominan serta menjadi faktor utama pendorong dalam apa jua amalan dan pekerjaan dalam kehidupan seharian.

                Ada satu kisah tentang kisah seorang Ulama’ Besar di Baghdad yang bernama Muhammad Bin Aslam atau nama panggilannya adalah Abu Hassan al-Tusi. Beliau merupakan seorang ulama’ yang hebat.

Beliau sangat kuat beribadah di tempat yang sangat tersembunyi daripada manusia. Beliau berkata:

“Seandainya aku boleh melakukan ibadah tanpa dilihat oleh kedua-dua malaikatku, nescaya aku akan melakukannya kerana takut dengan sifat riya’. "

                Setiap malam, beliau akan bangun bermunajat kepada Allah SWT di tengah malam sambil menangis hingga ke pagi. Lalu setiap kali hendak keluar rumah, beliau segera membasuh muka dan bercelak mata agar tidak ada yang mengetahui perbuatannya.

                MasyaAllah, hebatnya hubungan Ibnu Aslam ini dengan Allah SWT. Semua penduduk Baghdad masa itu sangat mencintai dan menghormati Ibnu Aslam dan Abu Nuaim meriwayatkan bahawa pada hari kematiannya, terlihat ratusan ribu bahkan jutaan manusia datang untuk mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.

                Melihat peristiwa  yang mengagumkan ini, Imam Ahmad Bin Nasr al-Khuza’l berkata kepada murid-muridnya:

                “Wahai saudara-saudaraku sekalian. Perbaikilah hubunganmu dengan Allah SWT. Tidakkah kalian melihat Ibnu Aslam ini, ketika ia memperbaiki hubungannya dengan Allah SWT, maka Allah SWT memperbaiki hubungan berjuta-juta manusia melaluinya?”

                Inilah sebenarnya RAHSIA di sebalik kejayaan para ulama’ dan murabbi besar di dunia dalam mereka melakukan pengislahan dalam masyarakat. Mereka menjaga hubungan jiwa dan hati mereka dengan Allah SWT. Tarbiyah mereka praktikal dalam melakukan segala bentuk ibadah secara teliti dan ikhlas kepada Allah SWT. Ikhlas adalah kunci utamanya dan mereka benar-benar menjaga hati mereka agar sentiasa HIDUP, SEGAR dan MENGINGATI ALLAH SWT.

                Oleh itu, ana menyeru kepada diri ana dan sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama melihat kembali hubungan kita dengan Allah SWT. Adakah benar-benar menjaganya? Adakah kita hanya mengingati Allah ketika ditimpa kesusahan? atau adakah kita hanya bermunajat kepada Allah SWT apabila inginkan keputusan peperiksaan yang cemerlang? Sama-samalah kita menganalisis diri kita adakah kita benar-benar menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Hati yang berhubung dengan Allah SWT adalah kunci kepada kejayaan kita di dunia dan akhirat. Sama-sama kita bertekad untuk menguatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT.

Sunday, January 8, 2012

Kemanisan yang dijaga



Terdengar suara lolongan dan hilai tawa dari kumpulan remaja yang berkerumun. Suara mereka benar-benar mengusik kedamaian insan lain. Lirihnya hati ini tatkala menyedari mereka adalah anak gadis permata agama. Lagak mereka sudah tidak umpama seorang wanita. Pakaian mereka menyerupai lelaki, rambut mereka terdedah, tingkah laku mereka juga kasar. Bebas bergaul tanpa garis dan sempadan syarak. Hilang sudah sifat muslimah yang seharusnya membaluti tubuh remaja ini. Hilang di bawa pergi kerana dangkalnya didikan agama dan terpedaya dengan indahnya dunia.


Saturday, December 31, 2011

Ketika Bangun Tidur

Assalamualaikum :D

Hmm, kali ni saya nak berkongsi dngan anda ttng sunnah Nabi junjungan s.a.w ketika bngun dpd tidur.. 
mungkin ada yg dah tau , mungkin juga ramai yg tidak tau :)
takpe2 , meh kite share ilmu same2 ye ;D

Antara sunnah ketika bangun drpd tidur :-

1. Usap wajah yg terkesan bekas tidur dengan telapak tangan. Menurut Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar, perbuatan ini dianjurkan berdasarkanhadis riwayat Muslim: "Rasulullah s.a.w bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap bekas tidur dari wajah dengan tangannya."

2. Berdoa ketika bangun tidur: "Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia menidurkan kami, dan kepadaNya kami dibangkitkan." (Riwayat al-Bukhari)

3. Bersiwak. "Apabila Rasulullah s.a.w bangun malam, Baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak." (Muttafaq 'alaih)

4. Mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung setelah menyedutnya (tidak terlalu dalam). Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang di antara kamu bangun drpd tidur, maka berbuatlah demkian 3 kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam d hujung (rongga) hidungnya." (Muttafaq 'alaih)

5. Mencuci tangan 3 kali. Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila salah seorang drpd kamu bngun tidur, janganlah memasukkan tangan (keseluruhan) ke dalam bekas air sebelum mecucinya 3 kali" (Muttafaq 'alaih)

sumber: GenQ :]

wallahua'alam :)

Friday, December 30, 2011

Jom hapuskan Dosa ! :)

Antara amalan'' yg boleh mnghapuskan dosa dan mendapat keampunan Allah .. [ insyaAllah (: ]


1. Mengelokkan wudhuk .
2. Mengerjakan solat Tasbih .
3. Berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan dgn peuh keimanan & mngharapkan keredhaan Allah S.W.T .
4. Mengucapkan syukur (Alhamdulillah) setiapkali selepas makan dan memakai pakaian .
5. Duduk sebentar di dalam masjid selepas solat .
6. Berzikir selepas solat .
7. Berjalan dari rumah menuju masjid dlam keadaan bewudhuk .


Dalam riwayat Muslim, drpd Abu Hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: 
" Sesiapa yg berwudhuk di rumahnya, kemudian dia pergi ke salah satu rumah Allah (masjid) untuk menunaikan solat yg dwajibkan Allah, bagi setiap dua langkah kakinya satu langkah untuk mnghapus kesalahan dan satu langkahnya lagi mengangkat darjatnya. "


8. berzikir kpd Allah S.W.T secara bersendirian atau berkumpulan .
9. Memperbanyakkan tasbih, tahmid, dan takbir .
10. Mengerjakan solat secara berjemah ( 27 pahala taww ! :D )
11. Solat di saf depan .
12. Mandi sunat sebelum pergi menunaikan solat Jumaat .
13. Membelanjakan harta ke Jalan Allah S.W.T .


sumber : GenQ :]


dan yg sewaktu dngannya :)
peringatan untuk diri sndiri jugaa ..
bergantung pd individu muslim itu sendiri ..
semoga boleh dpraktikkan dlam hidup seharian ..
 agar hari ini lebih baik drpd semalam & esok lebih baik drpd hari ini ! insyaAllah ..

Sunday, December 18, 2011

Redha parents tu penting !

 salam :)


Redha Allah terletak pada Redha Ibubapa

ok , entry ni , sikit je ..
juz nak ingatkan kita smua bhawa semua bnda yg kita buat ni perlu ade redha parents ..
saya tau , mesti smua org tau kan ..
tp , sedar atau tidak kdang2 kita buat perkara yang mreka tak suka kita buat ..
mngkin kita pura2 tak sedar .....?
ingat , mreka makan asam garam khidupan lebih bnyak dpd kita ..
mesti ade yg terbaik mreka mahukan drpd kita jika mereka mlarang ..
jangan membantah ..
kalau tak terima dngan permintaan mreka , belajar untuk terima ..
sbb , tidak semestinya bnda yg kita suka baik utk kita .. dan tidak semestinya bnda yg kita tak suka tak baik utk kita ..
TAPI , berpada2lah kan , klau mmg permintaan mreka tu mlampaui batasan agama ,, maka berlembutlah dlam berbicara dngan mreka ..
kerana apa2pun , mereka adalah org yg telah melahirkan kita dlam dunia yang penuh pancaroba nii ..
jangan smpai mreka dah pergi mngahdap Ilahi , barulah menyesal dngan tindakan kita selama ini ..
Nauzubillah ~~


itu saje :)
maaf andai terkasar ..
bye2 ..
wassalam (=

Friday, December 16, 2011

Melihat dengan mata Allah



“Insan” itu kejadiannya banyak kelemahan ujian datang untuk mendidik hati untuk beriman lembut menerima setiap pengajaran berfikir tentang kekuasaan Dia yang menciptakan.

Manusia itu tidak terlepas dari ujian yang menjadikan rapuhnya Iman, tersungkur ke tanah bagai tiada kekuatan untuk bangkit bertahan. Menimbulkan banyak persoalan, kenapa dan mengapa Allah memberikan kesakitan.

Namun apabila pertolongan Allah datang melalui teman, segala peringatan Allah disampaikan melalui peti suara insan, kembali kukuh, senyum menikmati hikmah kehidupan. Mengambil pelajaran dan pengajaran atas setiap pemberian. Sesungguhnya ujian begini sangatlah ringan andai dibandingkan dengan mereka terdahulu yang berperang menegakkan kebenaran. Subhanallah.

Allah itu masih sayang dan sangat sayang kerana memberikan ujian. Ujian itu tandanya mata Allah, perhatian Allah masih pada kita, masih belum berpaling dari kita dan masih tidak jemu mahu mendidik kita agar sedar akan siapa diri kita, amal ibadah kita, dunia kita dan Akhirat kita kelak. InsyaAllah.




“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka masih belum diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut: 1)

Allah Maha Melihat. Melihat seluruhnya. Apabila mata Allah melihat, pasti tidak akan ada satu pun yang terlepas dari pandangan Allah walau sekelumit zarah sekalipun yang zahir mahupun yang tersembunyi. Subahanallah… Tetapi ciptaan yang bernama “insan” itu seringkali melihat dengan pandangan hati. Andai hati itu bersih, pasti yang tersembunyi akan kelihatan berseri. Tetapi andai hati itu banyak tompok dosa yang berkelompok, maka hasilnya tunggu dan lihat.

“Di hati seorang insan yang penuh dengan kebergantungannya kepada Allah s.w.t itu pasti keputusannya juga sepenuhnya bergantung pada keputusan Allah.”

Pilihan Allah adalah pilihannya, tetapi bagaimana kita tahu pilihan itu adalah pilihan Allah terhadap kita? Pada saya jawapannya adalah istikharah. Istikharah  memohon petunjuk Allah s.w.t. Pandanglah dengan pandangan Allah. Pandangan kebaikan untuk setiap ketentuan.

Apabila kita memandang setiap ketentuan Allah, setiap ujian Allah dan setiap pemberian Allah ke atas diri kita dengan pandangan yang penuh hikmah, pasti yang akan kita temui bukan noktah. Tetapi kelembutan dan kasih sayang yang tidak pernah renggang, sungguhpun yang Dia berikan itu adalah kesakitan yang kita rasakan tidak akan pernah hilang. Masa yang berlalu berbekalkan kesabaran akan membuka mata yang bersengkang untuk meminta kebenaran hikmah luas terbentang dan ketika itu, adakah masih mahu menentang? Atau mengeluh panjang di atas segala nasib yang dikatakan malang?

Jangan.. Allah itu Maha Penyayang. Apabila Allah memberi pasti pemberian itu ada kebaikan yang kemudiannya akan membuat kita tenang. Andai kesabaran menjadi tunjang dan berbaik sangka pada Allah yang selalu kita ingatkan.


wallahu'alam :)

Tuesday, November 15, 2011

5 perkara yg merosakkan hati ♥



Hati adalah pengendali. Jika ia baik, baik pula perbuatannya. Jika ia rosak, rosak pula perbuatannya. Maka menjaga hati dari kerosakan adalah perlu dan wajib.

Tentang perosak hati, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada lima perkara, 'bergaul dengan banyak kalangan teman (baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah (syirik), kekenyangan dan banyak tidur.'


1. Bergaul dengan banyak kalangan


Pergaulan adalah perlu, tapi asalkan tidak bergaul dan terlalu banyak teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif. Dalam paparan kehidupan, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya output semacam ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia. Oleh sebab itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal berat kerana salah pergaulan. Allah berfirman:

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29).

"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67).

"Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebagian kamu mengingkari sebagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong." (Al-Ankabut: 25).

Inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika telah lenyap kepentingan tersebut, maka pertemanan itu akan melahirkan duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci dan melaknat. Kerana itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika motivasi pertemanan itu untuk mendapatkan kecintaan dan redha Allah.

2. Larut dalam angan-angan kosong


Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi. Ia adalah lautan tempat berlayarnya orang-orang tiada tujuan hidup. Bahkan dikatakan, angan-angan adalah modal orang-orang tak bertujuan. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta senantiasa mempermainkannya. Laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah. Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melimpah, atau isteri yang cantik jelita. Tapi itu hanya angan-angan belaka. Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal shalih yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi S.A.W memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.


3. Bergantung kepada selain Allah



Ini adalah faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah. Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah akan menyerahkan urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya. Allah berfirman, ertinya:

"Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutnya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka." (Maryam: 81-82)

"Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka." (Yasin: 74-75)

Maka orang yang paling hina adalah yang bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di bawah rumah laba-laba. Dan rumah laba-laba adalah rumah yang paling lemah dan rapuh. Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, ertinya:

"Janganlah kamu adakan tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22)

Terkadang keadaan sebahagian manusia tertindas tapi terpuji, seperti mereka yang dipaksa dengan kebatilan. Sebahagian lagi terkadang tercela tapi menang, seperti mereka yang berkuasa secara batil. Sebahagian lagi terpuji dan menang, seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam kebenaran. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.


4. Makanan


Makanan perosak ada dua macam. Pertama , merosak kerana zat/materinya, dan ia terbahagi menjadi dua macam. Yang diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang diharamkan kerana hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, sama ada kerana paksaan, malu atau takut terhina.


Kedua , merosak kerana melampaui ukuran dan takarannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan melampaui batas. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya. Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan kerananya ia mudah mengikuti komando syaitan. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalannya syaitan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat syaitan betah tinggal berlama-lama. Barangsiapa banyak makan dan minum, niscaya akan banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan:

"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).


5. Banyak tidur


Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur saat sangat dibutuhkan. Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak mudharatnya daripada manfaatnya. Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari. Sebab ia adalah waktu yang sangat strategik. Kerana itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah, mereka tidak mahu tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibagi-bagikannya rezeki, saat diberikannya barakah. Maka masa itu adalah masa yang strategik dan sangat menentukan masa-masa setelahnya. Oleh itu, tidur pada waktu itu hendaknya kerana benar-benar sangat terpaksa. Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bagian akhir malam, atau sekitar lapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut pada doktor. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Termasuk tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasul Sallallahu 'alaihi wa sallam .


alolo =)

rujukan:iluvislam.com