anda ke~ :D

just click :)

beSTIes

beSTIes
♥friends till end♥

kecoh kecoh :DD


leave your steps ^-^

http://matcuoi.com

Tuesday, May 8, 2012

Beruntunglah dikau .

Puisi Saya Cintakan Awak


Puisi ini adalah puisi yg amat bermakna bagi aku . walaupun puisi ini bukan utk aku .  tapi , amat mnyentuh hati aku . bertuah sngguh mnjadi hamba solehah yg dkasihi oleh hamba soleh :') kadangkala, terdetik di hati, mngapa aku tidak dapat mrasai nikmat cinta sbgini rupa . hm, mngkin Allah telah menetapkan yg terbaek utkku . harap2 bgitulah . aamiin~ fahami dan hayatilah ...

Kadangkala saya merasakan,
Allah amat baik, kepada saya awak diberikan.
Mencintai awak sahaja sudah satu kebahagiaan,
Apatah lagi apabila cinta berbalasan.

Namun lama kelamaan seram menyelimuti hati,
Tatkala saya meluaskan makna cinta kepada awak.
Terdetik satu masa, hendak selama-lamanya bersama,
Ya, selama-lamanya.
Maka terekstensi sehingga melepasi kematian,
Menyedarkan akan wujudnya dua pengakhiran.
Maka ke manakah kita akan bersama?
Di situ wujud kegerunan.

Maka saya mula memahami cinta,
Kalau benar saya cintakan awak,
Maka saya akan jaga awak dan diri saya dari nerakaNya.
Kalau benar saya cintakan awak,
Saya tidak akan mengajak dan melakukan apa-apa yang menjemput murkaNya.
Sebab, saya hendak bersama awak selama-lamanya.
Mustahil di neraka kita akan bahagia,
Maka syurga jualah tujuan kita.

Saban hari bersabar menahan diri,
Memang kadangkala perasaan inginkan itu dan ini,
Tetapi belum sampai masa,
Sedang sekarang adalah masa mempersiapkan diri.
Biar boleh jadi yang siap membawa awak pergi ke syurgaNya,
Kerana itulah dia makna cinta sejati.

Memang awak,
Memang saya tidak akan mampu menjadi sempurna,
Tetapi biarlah saya tahu sekurang-kurangnya saya telah berusaha semampu daya.
Biar nanti jangan cinta kita hanya sebatas dunia,
Dan di hadapan Allah kita berbalahan,
Kerana menuduh salah satu kita pembawa ke neraka.

Saya cintakan awak sepenuh hati,
Mengharap menjadi yang terbaik untuk awak nanti.
Biar kita bina keluarga yang mampu menjadi saham dunia akhirat,
Di dunia membina ummah Islam yang kuat,
Di akhirat menggapai syurga yang hebat.

Sebab awak amat berharga,
Untuk sekadar saya lempar ke neraka,
Dan mustahil, kalau saya cinta,
Saya membawa awak kepada kemurkaanNya.



#apa2 yg melempar ke neraka , itu bukan cinta namanya :')

Sunday, May 6, 2012

oh , wanita ~

assalamualaikum :)


I cover my hair, not my brain.
Dont judge me with your glare,
There is nothing ...you can gain.
My Lord says i'm a precious pearl,
I command respect! 
I'm a muslim girl >.<

Saturday, May 5, 2012

tHe cHOsen One

salam 'alaik .
just sharing an image for us as musleemah >.<
sO? which one is yours ? ^^,
the choice in your hands , pretty woman ! :) ♥

Friday, May 4, 2012




Ketika ALLAH S.W.T RINDU pada HAMBANYA , DIA AKAN MENGIRIMKAN SEBUAH HADIAH ISTIMEWA MELALUI MALAIKAT JIBRIL yang ISINYA adalah UJIAN .

ALLAH S.W.T berfirman : “ PERGILAH pada HAMBAKU , lalu , TIMPAKANLAH BERBAGAI UJAN KEPADANYA kerana , AKU INGIN MENDENGAR RINTIHANNYA :')

Allahu Allah ..
berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ~

♥ L . O . V . E ♥





Cinta ini mengasyikkan sehingga si Majnun melupakan dirinya dan asyik mengingati kekasihnya laila. Dia berkata dalam rangkap syairnya:


“ Aku cuba untuk melupakan untuk mengingatinya tetapi seolah-olah
Laila menjelma dalam diriku pada setiap keadaan”


Setiap manusia ada benda yang dicintainya samada wanita, harta, tahkta, dunia, dirinya dan sebagainya. Kita hendak lihat ditahap mana cinta kita. Di bawah ulama telah menggariskan lima jenis cinta.


LIMA JENIS CINTA


Lima jenis cinta adalah seperti berikut:



PERTAMA: Cinta kepada Allah swt. Cinta Allah sahaja tidak cukup untuk bebas dari azab Allah swt kerana orang-orang musyrikin dan penyembah berhala juga mencintai Allah swt. Mereka mempunyai jenis cinta yang keempat iaitu syirkul mahabbah.



KEDUA: Menyintai apa yang Allah cintai. Inilah yang membezakan diantara orang Islam dan orang kafir. Orang yang paling disayangi oleh Allah adalah orang yang paling kuat cinta jenis ini. Apa yang dicintai oleh Allah swt adalah begitu banyak disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah saw. Antaranya yang disebut dalam al-Quran adalah:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

Ayat 4 surah as-Saff.

Ada lapan golongan yang dikasihi Allah seperti dalam al-Quran iaitu 1. Al-Muttaqun. 2. Al-Muhsinun. 3. As-Sabirun. 4. At-Tawwabun. 5. Al-Mutatahhirun. 6. Al-Mutawakkilun. 7. Al-Muqsitun 8. Al-Muqatilun fi sabilillah. InsyaAllah saya akan terangkan dalam artikel akan datang.

Adapun perkara yang dikasihi Allah swt dalam hadis adalah seperti berikut:

“ Seseiapa yang cinta untuk bertemu dengan tuhan , Allah juga cinta untuk menemuinya.”

Hadis sahih Bukhari (2443)

Allah swt berfirman dalam hadis qudsi:

“ Tidak ada perkara yang lebih mendekatkan hambaku denganku daripada kefarduan yang aku fardukan kepadanya. Hambaku sentiasa mendekatkan diriku dengan amalan-amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya.”

Hadis sahih riwayat Bukhari (6137)




KETIGA: Menyintai sesuatu kerana Allah swt.

Nabi saw bersabda:

“ Sesiapa yang menyintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah sesungguhnya telah sempurna imannya.”

Hadis riwayat Tirmizi (2521), Abu Daud, Ahmad dan Hakim dengan sanad yang hasan.

Nabi saw juga bersabda:

“ Tidak ada dua orang lelaki berkasih sayang kerana Allah melainkan yang terbaik diantara keduanya adalah yang paling mengasihi saudaranya.”

Hadis riwayat Hakim dan diakui oleh zahabi akan kesahihannya.



KEEMPAT: Cinta sekutu (partnership love) atau syirkul mahabbah

Setiap benda yang dicintai bukan kerana Allah dan bukan diperintah oleh Allah maka dia telah mensyirikkan cinta. Ramai yang menyintai Allah , tapi dalam masa yang sama dia menyintai benda lain bukannya kerana Allah. Inilah yang dirakamkan dalam al-Quran:

“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.”

Ayat 165 surah al-Baqarah



KELIMA: Cinta yang semula jadi.

Inilah yang disebut oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”

Ayat 14 surah Ali Imran

Imam Ibnu Qayyim berkata:

“ Cinta ini tidak dicela kecuali sekiranya melalaikan dari mengingati Allah dan menjauhkan dari cintaNya.”

Firman Allah swt:

"Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi."

Ayat 9 surah al-Munafiqun.




wallahua'alam :)

Monday, January 16, 2012

حبل من الله =)

Satu kekuatan yang sangat menonjol di dalam Sirah para sahabat, tabiin dan juga ulama’ terkemuka Islam adalah kuatnya hubungan mereka dengan Allah SWT. Motivasi inilah yang paling menonjol dan paling dominan serta menjadi faktor utama pendorong dalam apa jua amalan dan pekerjaan dalam kehidupan seharian.

                Ada satu kisah tentang kisah seorang Ulama’ Besar di Baghdad yang bernama Muhammad Bin Aslam atau nama panggilannya adalah Abu Hassan al-Tusi. Beliau merupakan seorang ulama’ yang hebat.

Beliau sangat kuat beribadah di tempat yang sangat tersembunyi daripada manusia. Beliau berkata:

“Seandainya aku boleh melakukan ibadah tanpa dilihat oleh kedua-dua malaikatku, nescaya aku akan melakukannya kerana takut dengan sifat riya’. "

                Setiap malam, beliau akan bangun bermunajat kepada Allah SWT di tengah malam sambil menangis hingga ke pagi. Lalu setiap kali hendak keluar rumah, beliau segera membasuh muka dan bercelak mata agar tidak ada yang mengetahui perbuatannya.

                MasyaAllah, hebatnya hubungan Ibnu Aslam ini dengan Allah SWT. Semua penduduk Baghdad masa itu sangat mencintai dan menghormati Ibnu Aslam dan Abu Nuaim meriwayatkan bahawa pada hari kematiannya, terlihat ratusan ribu bahkan jutaan manusia datang untuk mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.

                Melihat peristiwa  yang mengagumkan ini, Imam Ahmad Bin Nasr al-Khuza’l berkata kepada murid-muridnya:

                “Wahai saudara-saudaraku sekalian. Perbaikilah hubunganmu dengan Allah SWT. Tidakkah kalian melihat Ibnu Aslam ini, ketika ia memperbaiki hubungannya dengan Allah SWT, maka Allah SWT memperbaiki hubungan berjuta-juta manusia melaluinya?”

                Inilah sebenarnya RAHSIA di sebalik kejayaan para ulama’ dan murabbi besar di dunia dalam mereka melakukan pengislahan dalam masyarakat. Mereka menjaga hubungan jiwa dan hati mereka dengan Allah SWT. Tarbiyah mereka praktikal dalam melakukan segala bentuk ibadah secara teliti dan ikhlas kepada Allah SWT. Ikhlas adalah kunci utamanya dan mereka benar-benar menjaga hati mereka agar sentiasa HIDUP, SEGAR dan MENGINGATI ALLAH SWT.

                Oleh itu, ana menyeru kepada diri ana dan sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama melihat kembali hubungan kita dengan Allah SWT. Adakah benar-benar menjaganya? Adakah kita hanya mengingati Allah ketika ditimpa kesusahan? atau adakah kita hanya bermunajat kepada Allah SWT apabila inginkan keputusan peperiksaan yang cemerlang? Sama-samalah kita menganalisis diri kita adakah kita benar-benar menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Hati yang berhubung dengan Allah SWT adalah kunci kepada kejayaan kita di dunia dan akhirat. Sama-sama kita bertekad untuk menguatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT.

Sunday, January 8, 2012

Kemanisan yang dijaga



Terdengar suara lolongan dan hilai tawa dari kumpulan remaja yang berkerumun. Suara mereka benar-benar mengusik kedamaian insan lain. Lirihnya hati ini tatkala menyedari mereka adalah anak gadis permata agama. Lagak mereka sudah tidak umpama seorang wanita. Pakaian mereka menyerupai lelaki, rambut mereka terdedah, tingkah laku mereka juga kasar. Bebas bergaul tanpa garis dan sempadan syarak. Hilang sudah sifat muslimah yang seharusnya membaluti tubuh remaja ini. Hilang di bawa pergi kerana dangkalnya didikan agama dan terpedaya dengan indahnya dunia.