anda ke~ :D

just click :)

beSTIes

beSTIes
♥friends till end♥

kecoh kecoh :DD


leave your steps ^-^

http://matcuoi.com

Saturday, December 31, 2011

Ketika Bangun Tidur

Assalamualaikum :D

Hmm, kali ni saya nak berkongsi dngan anda ttng sunnah Nabi junjungan s.a.w ketika bngun dpd tidur.. 
mungkin ada yg dah tau , mungkin juga ramai yg tidak tau :)
takpe2 , meh kite share ilmu same2 ye ;D

Antara sunnah ketika bangun drpd tidur :-

1. Usap wajah yg terkesan bekas tidur dengan telapak tangan. Menurut Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar, perbuatan ini dianjurkan berdasarkanhadis riwayat Muslim: "Rasulullah s.a.w bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap bekas tidur dari wajah dengan tangannya."

2. Berdoa ketika bangun tidur: "Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia menidurkan kami, dan kepadaNya kami dibangkitkan." (Riwayat al-Bukhari)

3. Bersiwak. "Apabila Rasulullah s.a.w bangun malam, Baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak." (Muttafaq 'alaih)

4. Mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung setelah menyedutnya (tidak terlalu dalam). Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang di antara kamu bangun drpd tidur, maka berbuatlah demkian 3 kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam d hujung (rongga) hidungnya." (Muttafaq 'alaih)

5. Mencuci tangan 3 kali. Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila salah seorang drpd kamu bngun tidur, janganlah memasukkan tangan (keseluruhan) ke dalam bekas air sebelum mecucinya 3 kali" (Muttafaq 'alaih)

sumber: GenQ :]

wallahua'alam :)

Friday, December 30, 2011

Jom hapuskan Dosa ! :)

Antara amalan'' yg boleh mnghapuskan dosa dan mendapat keampunan Allah .. [ insyaAllah (: ]


1. Mengelokkan wudhuk .
2. Mengerjakan solat Tasbih .
3. Berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan dgn peuh keimanan & mngharapkan keredhaan Allah S.W.T .
4. Mengucapkan syukur (Alhamdulillah) setiapkali selepas makan dan memakai pakaian .
5. Duduk sebentar di dalam masjid selepas solat .
6. Berzikir selepas solat .
7. Berjalan dari rumah menuju masjid dlam keadaan bewudhuk .


Dalam riwayat Muslim, drpd Abu Hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: 
" Sesiapa yg berwudhuk di rumahnya, kemudian dia pergi ke salah satu rumah Allah (masjid) untuk menunaikan solat yg dwajibkan Allah, bagi setiap dua langkah kakinya satu langkah untuk mnghapus kesalahan dan satu langkahnya lagi mengangkat darjatnya. "


8. berzikir kpd Allah S.W.T secara bersendirian atau berkumpulan .
9. Memperbanyakkan tasbih, tahmid, dan takbir .
10. Mengerjakan solat secara berjemah ( 27 pahala taww ! :D )
11. Solat di saf depan .
12. Mandi sunat sebelum pergi menunaikan solat Jumaat .
13. Membelanjakan harta ke Jalan Allah S.W.T .


sumber : GenQ :]


dan yg sewaktu dngannya :)
peringatan untuk diri sndiri jugaa ..
bergantung pd individu muslim itu sendiri ..
semoga boleh dpraktikkan dlam hidup seharian ..
 agar hari ini lebih baik drpd semalam & esok lebih baik drpd hari ini ! insyaAllah ..

Sunday, December 18, 2011

Redha parents tu penting !

 salam :)


Redha Allah terletak pada Redha Ibubapa

ok , entry ni , sikit je ..
juz nak ingatkan kita smua bhawa semua bnda yg kita buat ni perlu ade redha parents ..
saya tau , mesti smua org tau kan ..
tp , sedar atau tidak kdang2 kita buat perkara yang mreka tak suka kita buat ..
mngkin kita pura2 tak sedar .....?
ingat , mreka makan asam garam khidupan lebih bnyak dpd kita ..
mesti ade yg terbaik mreka mahukan drpd kita jika mereka mlarang ..
jangan membantah ..
kalau tak terima dngan permintaan mreka , belajar untuk terima ..
sbb , tidak semestinya bnda yg kita suka baik utk kita .. dan tidak semestinya bnda yg kita tak suka tak baik utk kita ..
TAPI , berpada2lah kan , klau mmg permintaan mreka tu mlampaui batasan agama ,, maka berlembutlah dlam berbicara dngan mreka ..
kerana apa2pun , mereka adalah org yg telah melahirkan kita dlam dunia yang penuh pancaroba nii ..
jangan smpai mreka dah pergi mngahdap Ilahi , barulah menyesal dngan tindakan kita selama ini ..
Nauzubillah ~~


itu saje :)
maaf andai terkasar ..
bye2 ..
wassalam (=

Friday, December 16, 2011

Melihat dengan mata Allah



“Insan” itu kejadiannya banyak kelemahan ujian datang untuk mendidik hati untuk beriman lembut menerima setiap pengajaran berfikir tentang kekuasaan Dia yang menciptakan.

Manusia itu tidak terlepas dari ujian yang menjadikan rapuhnya Iman, tersungkur ke tanah bagai tiada kekuatan untuk bangkit bertahan. Menimbulkan banyak persoalan, kenapa dan mengapa Allah memberikan kesakitan.

Namun apabila pertolongan Allah datang melalui teman, segala peringatan Allah disampaikan melalui peti suara insan, kembali kukuh, senyum menikmati hikmah kehidupan. Mengambil pelajaran dan pengajaran atas setiap pemberian. Sesungguhnya ujian begini sangatlah ringan andai dibandingkan dengan mereka terdahulu yang berperang menegakkan kebenaran. Subhanallah.

Allah itu masih sayang dan sangat sayang kerana memberikan ujian. Ujian itu tandanya mata Allah, perhatian Allah masih pada kita, masih belum berpaling dari kita dan masih tidak jemu mahu mendidik kita agar sedar akan siapa diri kita, amal ibadah kita, dunia kita dan Akhirat kita kelak. InsyaAllah.




“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka masih belum diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut: 1)

Allah Maha Melihat. Melihat seluruhnya. Apabila mata Allah melihat, pasti tidak akan ada satu pun yang terlepas dari pandangan Allah walau sekelumit zarah sekalipun yang zahir mahupun yang tersembunyi. Subahanallah… Tetapi ciptaan yang bernama “insan” itu seringkali melihat dengan pandangan hati. Andai hati itu bersih, pasti yang tersembunyi akan kelihatan berseri. Tetapi andai hati itu banyak tompok dosa yang berkelompok, maka hasilnya tunggu dan lihat.

“Di hati seorang insan yang penuh dengan kebergantungannya kepada Allah s.w.t itu pasti keputusannya juga sepenuhnya bergantung pada keputusan Allah.”

Pilihan Allah adalah pilihannya, tetapi bagaimana kita tahu pilihan itu adalah pilihan Allah terhadap kita? Pada saya jawapannya adalah istikharah. Istikharah  memohon petunjuk Allah s.w.t. Pandanglah dengan pandangan Allah. Pandangan kebaikan untuk setiap ketentuan.

Apabila kita memandang setiap ketentuan Allah, setiap ujian Allah dan setiap pemberian Allah ke atas diri kita dengan pandangan yang penuh hikmah, pasti yang akan kita temui bukan noktah. Tetapi kelembutan dan kasih sayang yang tidak pernah renggang, sungguhpun yang Dia berikan itu adalah kesakitan yang kita rasakan tidak akan pernah hilang. Masa yang berlalu berbekalkan kesabaran akan membuka mata yang bersengkang untuk meminta kebenaran hikmah luas terbentang dan ketika itu, adakah masih mahu menentang? Atau mengeluh panjang di atas segala nasib yang dikatakan malang?

Jangan.. Allah itu Maha Penyayang. Apabila Allah memberi pasti pemberian itu ada kebaikan yang kemudiannya akan membuat kita tenang. Andai kesabaran menjadi tunjang dan berbaik sangka pada Allah yang selalu kita ingatkan.


wallahu'alam :)